About
Pemilik Blog ini adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Kepujian (Perniagaan) dari Universiti Tun Abdul Razak (UNiTAR) dan Diploma Kesetiausahaan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), buat masa ini beliau seorang surirumah sepenuh masa. Berpengalaman bekerja di syarikat telekomunikasi mutlinasional terkenal sebagai setiausaha selama 4 tahun dan koordinator khidmat pelanggan selama setahun lebih. 5 tahun berada diluar negara mengikuti suaminya bertugas di Korea Selatan. Walau berada di luar negara, beliau mengisi masa lapang dengan mengikuti pengajian Bahasa Korea dan bergiat aktif di dalam International Friendship Club Korea untuk bertukar-tukar pengalaman, kebudayaan dengan kawan-kawan dari pelbagai bangsa dan negara, di samping menjalankan rutin harian sebagai seorang ibu dan isteri. Kini beliau berada di Dubai UAE (United Arab Emirates) mengikut suaminya bertugas di bumi Arab pula. Mula menceburi perniagaan internet bermula pada pertengahan tahun 2003 dan kini terus aktif memasarkan produk Aksesories Korea (sila klik di link)





